Aktiviti Terkini

17 05 2012

Image

Baca baki entri ini »





Profil

8 02 2010

MUQADDIMAH

             Pendidikan Islam merupakan tunjang kepada keutuhan aqidah umat Islam. Ia memerlukan suatu usaha yang bersungguh-sumgguh dan berterusan ke arah memperkembangkan potensi dan kemahiran individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang berilmu, beriman dan bertaqwa yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, pendidikan Islam dapat disalurkan dalam rangka pembinaan generasi yang beriman serta menghayati prinsip-prinsip Islam.

            Justeru itu, suatu bentuk sistem pendidikan Islam dan pengajaran yang berasaskan Aqidah Islamiah dan pendekatan Islam perlu disedari. Usaha-usaha ke arah itu perlu dibuat oleh semua pihak yang menyedari hakikat ini berdasarkan kemampuan yang ada dengan melihat kepada konsep keilmuan yang menyeluruh.

MISI

  • Bagi melaksanakan tuntutan Agama Islam dan menyediakan peluang  kepada anak-anak orang Islam untuk belajar di Pusat Pengajian yang berteraskan pentadbiran Islam.
  • Menyediakan sebuah Pusat Pengajian Islam yang memperkembangkan   roh, akal, emosi dan fizikal selaras dengan tuntutan islam supaya menjadi generasi yang tunduk patuh kepada peraturan Allah SWT .
  • Memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak yatim dan mereka tidak dikenakan sebarang bayaran pengajian.
  • Melahirkan insan yang berilmu dan mampu menghafaz Al-Quran di setiap bidang yang diceburi.
  • Ianya diharapkan dapat memenuhi hasrat kerajaan yang sentiasa memberi galakan kepada siswazah dan tenaga muda untuk menceburi bidang pendidikan secara berdikari demi memberikan sumbangan kebajikan kepada agama, bangsa dan negara.

VISI

  • Melahirkan ilmuwan dan cendiakawan islam.
  • Melahirkan generasi celik Al-Quran.
  • Menjadi alternatif kepada pendidikan yang terbaik

 

SEJARAH PENUBUHAN

 Sekolah Rendah Bistari Darul Mulkan (SRBDM) telah ditubuhkan pada Januari 1987 bermula dengan pendaftaran seramai 30 orang pelajar dan 4 orang guru di atas sebidang tanah Lot 235, Batu 7 ½, Jebong, Jalan Kuala Sepetang, 34850 Matang, Taiping, Perak. Pada tahun berikutnya pelajar SRBDM telah bertambah kepada 70 orang pelajar . 

            SRBDM ditubuhkan dan beroperasi tanpa mendapat bentuan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tetapi sebaliknya bergantung kepada Ahli Jemaah Pengurusan SRBDM, bantuan orang ramai dan yuran pelajar. 

            SRBDM telah diletakkan di bawah satu pentadbiran ahli Jemaah Pengurusan Sekolah yang diberi amanah dan tanggungjawab oleh Ahli Pemegang Amanah SRB Darul Mulkan.

MAKLUMAT PEMILIK

Butir-butir pemilik Institusi:  Tanah waqaf daripada Al-Marhum Haji Mulkan bin Haji Muhammad kepada Pemegang Amanah yang dikelolakan oleh Jawatan Kuasa Tadbir SRB Darul Mulkan








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.